Asalamulaikum....
Hi uollss..........
Sihat kan...? hari nie ummie nak share kebaikkan susu ibu...
jom baca yer....
RAHSIA
TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
By Nor Wina on Wednesday, August 14, 2013 at
2:18am
1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya
setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan
dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan
terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.
2. Jangan tunggu payu dara
penuh
Ada sesetengah wanita suka
menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu
salah!Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi
disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian
menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh
antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda
menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda
beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak
yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali
menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian
sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini
akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika
anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat
foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori
mencukupi untuk tumbesarannya.
4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi,
sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan
lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu
dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.
5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi
(kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada
lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang
mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula,
selimutkan dia ketika menyusu.
6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu
malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu
malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan
kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan
peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat
dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap
menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu
dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia
menyusu dengan lebih baik.
8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming.
Langkah ini tanpa disedari
merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus
sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara
ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul
akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami
bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara
dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam.
10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air
sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu.
Anda digalakkan minum 3.1 liter air
iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
credit dr..Puan Wina.......
Semoga info yang sedikit ini dapat mendapat manafaat....
Salam Sayang Semua ....terima kasih kerana membaca...
ummie nurul.........
No comments:
Post a Comment