Friday, February 28, 2014

Cara ubati denggi...........

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...emmm....
Malaysia sekarang nie....sangat panas....Di kedah nie...lagi la panas...disamping tu...nyamuk pun banyak...peningkatan kadar kematian penyakit denggi sangat ketara....
Ummie pun sangat takut...baru-baru nie, Anak sulung Ummie Hazirah , Demam tak baik-baik sampai seminggu....kejap ok...kejap tak....
hati seorang ibu kan ...dah fikir pelik pelik....
"anak aku nie kena denggi ke"?.....tapi Alhamdulillah selepas seminggu Hazirah ok....Mungkin demam akibat cuaca panas melampau kat Kedah nie rasanya.....
Syukur...Syukur....Syukur...Alhamdulillah.....
 Ok.....Hari nie..Ummie nak nak share beberapa tips nak ubati denggi ,walaupun para doktor cakap.tiada vaksin untuk penyakit  denggi...atau orang panggil demam berdarah....kita kena ingat semua penyakit ada ubatnya...kecuali mati ...

Baru-baru nie ummie ada terbaca....di Facebook...

Cara pertama....
minummm...banyak-banyak 100 plus....sebanyak yang mungkin....
tak tahu cam mana rupa 100 plus isotonik... meh tgk..hehe..


cara yang kedua....

Ummie dapat dari facebook..Dr Hamid Arshat...
minum air rebusan  daun betik...cara-caranya nak buat jus daun betik boleh di lihat disini...
http://manfaatbuahdaun.blogspot.com/2013/11/manfaat-daun-pepaya-sebagai-obat.html?m=1

facebook Dr Hammid Arshat..........



Cara ketiga ...



saya perolehi dari buku  Rasulullah is my doctor..
 Penulis buku nie menyarankan, minum pati kurma......nie adalah testimoni keatas dirinya sendiri...
Ya ...beli atau buat 2 botol pati kurma...
Minum setengah botol pada waktu pagi dan setengah botol pada waktu petang
Diulangi cara yang sama pada keesokanya pada botol kedua...
InsyAllah...pada hari kedua ..demam akan berkurangan...

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air." (Hadis riwayat Ahmad)
Buah yang diwahyukan dalam Al-Quran. Tiada keraguan baginya. Wajib disimpan dan dijadikan makanan harian. Tidak perlu tunggu bulan Ramadhan. Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan - Hadis Riwayat Muslim.

Khasiat Pati Kurma:
-Mencegah sembelit
-Memudahkan proses bersalin
-Meredakan tekanan darah tinggi
-Menguatkan otot
-Melegakan batuk , masalah paru paru
-Mencegah sengal-sengal badan
-Menambah tenaga
-Mencegah dan merawat kanser usus
-Menguatkan ingatan, IQ
-Menguatkan tenaga seksual
-Anti kanser
-Melancar pengaliran darah
-Merawat masalah buah pinggang
-Mencuci organ hati
-Mencegah Insomnia
-Memulih, memelihara, menyuburkan rahim wanita



 So...khasiat kurma memang telah terbukti...kita hanya berusaha mencari  ubat tapi Allah jua lah yang menyembuh kan.....

Okeh,..semoga  maklumat yang ummie share 
memberi manafaat kepada kita semua...
Sharing is caring....
Salam Sayang dan SalamUkhwah dari Ummie....










Monday, February 10, 2014

vitamin untuk keluarga sihat.... family wellness set..

Asalamualaikum...

7 sebab saya ambil vitamin @ kenapa badan kita perlukan vitamin tambahan...
meh..ummie nak citer....

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur.
Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu peyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kurang dititikberatkan.

Tetapi harus diingatkan dengan mengambil supplemen bukanlah tiket untuk melupakan diet seimbang dan sihat, pemakanan yang sihat harus dipraktikkan. Minum air masak dengan banyak, 3-5 liter sehari, bersenam dan berdoa dan sentiasa berfikiran positif!



Semoga anda semua tak ketinggalan mencuba set family wellness.....rasailah...kehebatan shaklee...tidak salah melaburkan  sedikit duit untuk kesihatan keluarga kita....

Salam Sayang ummie nurul..
no phone ummie...019-4001752....




vitamin kulit cantik

Asalamualaikum Semua....
Ummie harap sihat semua nya....nak cantik cam  Datin Norjuma tak?Meh nak citer sikit....
B-Complex antara rahsia untuk kulit cantik.....Mengandungi 8 kumpulan Vitamin B Lengkap...
[Tip Kecantikan]

Rahsia Kecantikan Datin Norjuma -
B Complex untuk Kulit Cantik
 

Nak tau tak supplemen apa dia amalkan, jeng jeng jeng.... B-Complex uoolls:) Patutla kulit dia cantik sangat, gebu dan licin jer..

"Less is more, tak perlu mekap lebih-lebih. Saya dididik sedari kecil sentiasa mengambil supplemen seperti vitamin B-Complex selepas bersarapan pagi. Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah amalan wajibnya bagi menjamin kesihatan badan dan agar kulit tidak menjadi kering"

Selalu kita dengar, orang amalkan Vitamin C, Vitamin E dan Collagen untuk kecantikan, tapi jangan tak tau, B-Complex juga penting untuk memastikan kulit wajah kita cantik berseri.

Disebabkan itulah, B-Complex digabungkan dengan Vitamin E dan Vitamin C di dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee.

Khasiat B-Complex untuk Kulit Cantik
1) Anti stress
Apabila kite stress urat-urat muka kite bekerja lebih kuat berbanding urat-urat ketika kita senyum, dan bila stress kite cenderung mengerutkan muka. Kerutan-kerutan stress itu boleh menyebabkan kedut-kedut pada wajah. Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Tiada stress, tiadalah jerawat.

2) Membantu melindungi kulit dari pancaran matahari
Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Kulit ini kalau kusam memang mengambil masa ntk dipulihkan, pengambilan B-Complex sememangnye langkah bijak.

Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'..

3) Melancarkan perjalan darahc
Anda sume tentu tahu kan perjalanan darah yg baik menmpkkan wajah lebih muda. Sebab tu la kalau kita pergi buat facial, die end up treatment dengan facial massage. Kenapa?? Kerana dia nak stimulate blood circulation kita. Perjalanan darah yg baik membantu kite kelihatan lebih muda, dan menghilangkan tekanan pada badan dan wajah.Datin Norjuma dah amalkan sejak kecil lagi. Anda bila lagi ??

Pengambilan vitamin semulajadi adalah kaedah yang paling selamat untuk kita mendapatkan kulit yang cantik, di samping meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebelum mengambil apa-apa supplemen, pastikan anda kenalpasti dulu kandungannya yer, jangan ingat nak cantik sahaja. Kalau cantik sekarang, tapi pelbagai penyakit menyerang di kemudian hari, apalah gunanya kan. Semua orang nak cantik, tapi cantik dan sihat biarlah seiring.

*kena WAJIB telan hari-hari ni..


ummie amik b-complex  shaklee....
so...sesiapa yang nak vitamin kulit cantik  atau b-complex shaklee nie...boleh dapatkan dari ummie...atau pergi jer ke cawangan shaklee,yang berdekatan....nak guna id ummie pun boleh untuk dapatkan harga istimewa shakleee...tak marah pun...(ID: 867459)..sms:019-4001752....
Sharing is caring....
Salam sayang  dan salam ukhwah....

Tuesday, February 4, 2014

vitalea oh vitalea........



Asalamualaikum....
OK...selamat pagiiiiiiiiii....ha...hari nie ummie nak bebel  sikit...dengar yer...

➳ ➳ ➳ Letih lesu selepas seharian bekerja?

➳ ➳ ➳ Balikkerja rasa nak baring je, tak boleh dah nak buat kerja rumah ke, nak study ke..otak tak boleh nak fokus dah!

➳ ➳ ➳ Tahu tak itu disebabkan kekurangan nutrisi dan khasiat yang sepatutnya tubuh kita perolehi bagi menampung aktiviti tubuh seharian tau......





VITALEA (multivitamin) telah memberikan manfaat kepada ramai orang termasuk saya sendiri dalam mengatasi masalah letih lesu.

Tun M pun ambil VITALEA..

Ujian klinikal membuktikan pengambilan VITALEA selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Tak lah selalu sangat demam/selsema kan

Ia adalah pelengkap nutrisi harian. Anda tidak perlu bimbang dengan persoalan terlebih nutrien, kerana nutrien seharian yang kita dapat dari makanan adalah tidak lengkap disebabkan pelbagai faktor. Di sini VITALEA memainkan peranan sebagai pelengkap.

VITALEA telah dipilih oleh Center For Science Di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMINS di dalam Public Interest.

[✔] Merupakan multivitamin pertama dicipta di dunia iaitu sejak 1916.

[✔] Asalnya dikenali sebagai "Vitalized Mineral" dan disingkatkan kepada "Vita-min" - dari sini lah perkataan "vitamin" berasal!

[✔] Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran & buahan, 12 vitamin & 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

[✔] Tablet vitalea disaluti oleh serbuk nutrisi - spirulina.

[✔] Dihasilkan berdasarkan 7 ujian klinikal. Tidak semua jenama ada ujian klinikal, tapi SHAKLEE ada, memang tidak perlu diragukan kualiti, keberkesanan dan keselamatannya.

[✔] Dirormulasikan dengan komprehensif & sangat seimbang. Juga diperkayakan dengan zat besi, yang merupakan komponen penting darah kita.

[✔] Dihasilkan dengan kaedah terkini & teknologi 'Ekspo-tab". Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

[✔] Ia diformulasikan daripada bahan semulajadi sahaja.

[✔] Kalau malas ambil banyak jenis vitamin, ambil VITALEA sebiji sehari sudah mencukupi.

=================
✺ Manfaat Utama Vitalea ✺
=================

✎✎ Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh & kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek kerjaya, pembelajaran mahu pun kerja seharian.

✎✎ Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, atau bahan mentah yang telah hilang khasiatnya semasa proses memasak/mengangkut/menyimpan dan lain-lain.

✎✎ Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

✎✎ Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tirioid.

✎✎ Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati.

✎✎ Keupayaan sistem reproduktif - kesuburan tubuh.

Nutrisi yang ada di dalam VITALEA :

✿ Vitamin A
✿ Vitamiun D
✿ Vitamin C
✿ Asid Folik
✿ Vitamin B1
✿ Vitamin B2
✿ Vitamin B3
✿ Vitamin B6
✿ Vitamin B12
✿ Biotin
✿ Vitamin B5
✿ Kalsium
✿ Fosforus
✿ Iodin
✿ Zat Besi
✿ Magnesium
✿ Copper
✿ Zink

➳ ➳ ➳ Berita baik!! sekarang nie ....VITALEA yang sebotol mengandungi 120 tablet dan tahan selama 4 bulan ini, kini datang dengan harga lebih istimewa dengan adanya PROMOSI SHAKLEE FEBRUARI 2014!
So,...apa tunggu lagi....hilangkan masalah lesu anda dengan pengambilan vitalea hebat ini....
Boleh dapatkan dari ummie....Harga sangat special  akan diberikan....atau di cawangan shaklee berdekatan...nak guna id shaklee ummie pun boleh untuk dapatkan harga istimewa...(ID: 867459)
Jangan fikir lama-lama....
pm laju-laju sekarang....019-4001752......

Terima kasih kerana membaca entri nie...
Salam sayang semua.......

Saturday, February 1, 2014

khasiat susu ibu...



Asalamulaikum....

Hi uollss..........

Sihat kan...?  hari nie ummie nak share kebaikkan susu ibu...

jom baca yer....
 
 
 





RAHSIA TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
By Nor Wina on Wednesday, August 14, 2013 at 2:18am
1. Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.


 2. Jangan tunggu payu dara penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

 3. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

 4. Penyusuan Dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

 5. Bogelkan Bayi  

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

 6. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

 7. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

 8. Fikir Bayi, Fikir Susu Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming.

Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

 9. Urutan

Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam.


 10. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu.

Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

 credit dr..Puan Wina.......

Semoga info yang sedikit ini dapat mendapat manafaat....

Salam Sayang Semua ....terima kasih kerana membaca...
ummie nurul.........