Asalamualaikum semua....
Petang ni ummi ada terbaca di blog Puan Wina akan teknik power pumping.....
|
gambar dari cik google |
Jom baca semua....
TIPS
TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU ~ POWER PUMPING
By Nor Wina on Wednesday, August 14, 2013 at
2:55am
Ramai yang bertanya pada saya
bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu.
Salah satu tipsnya ialah
dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya..
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh
membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam
yg biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi
menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan
semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan
sebagainya.
- Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak
setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini
digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu
10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan
seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah
serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit,
rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni
sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi
waktu ni.
Berapa lama masa diambil
untuk dapat hasilnya?
Anda jangan ingat sekali buat terus
susu jadi banyak yer.
Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu!
Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,
teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha,
doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang
sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan
membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan
berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.
Semoga semua ibu-ibu di luar sana faham dan dapat manafaatnya....
Terima kasih kerana membaca...
Salam Sayang Ummie Nurul...