Wednesday, May 21, 2014

asid folik dan kesuburan

Kaitan asid folik dan kesuburan!!!

Apabila sperma yang mengalami kecacatan kromosom di senyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itu, segelintir wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan akibat daripada masalah ini.

Dipercayai, asid folik membantu masalah kesuburan di kalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Untuk mengurangkan risiko ini, Golongan LELAKI disarankan untuk mengambil asid folik di antata 700 hingga 1000mg.

Sementara itu, anda perlu ketahui bahawa asid folik merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan ovum, membantu pembentukan plasenta dan PROSES PELEKATAN JANIN DALAM RAHIM.

Oleh kerana itulah, bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, mereka digalakkan untuk mengambil suplemen asid folik sebagai salah satu USAHA untuk MERAWAT MASALAH KESUBURAN yanh dialami. Namun perlu diingatkan bahawa suplemen asid folik BUKAN UBAT KESUBURAN!!!


Posted via Blogaway

1 comment: