Sunday, December 29, 2013

Harga Barangan Produk Shaklee Malaysia........

Asalamualaikum.........

Petang nie ummie nak  tunjukkan harga-harga barangan produk shaklee agar sesiapa yang mencari produk ini boleh mendapatkannya....dan .....kesemuanya barangan shaklee halal dan  di pantau oleh Jakim....

Okeh.....Ini harganya.........Ingin dapatkan harga yang menarik...boleh hubungi Ummi yer....

sms:019-4001752
email: hannanhazirah@gmail.com

Salam Sayang dari Ummie Nurul...........







Friday, December 27, 2013

hospital pilihan ummi..........dari tahun 2008.....

Asalamualaikum.....

Ummi rasa semua wanita mengandung sangat-sangat mencari tempat bersalin yang selamat dan yang penting semua staff dan doktor adalah wanita......betul tak cakap ummi...tetapi jika tiada ia tidak menjadi masalah kerana didalam islam ,doktor lelaki dibolehkan menyambut kelahiran....

Bagi ummi....suami yang menjadi sebab musabab ummi datang ke hospital ini.....semasa mengandung,dari makanan sehingga lah doktor mana yang akan menyambut baby kami....cik suami la, yang mengaturkannya....sangat cerewet....hehe..
ketiga-tiga anak ummi dilahirkan di hospital nie.......harga pun berpatutan dan sangat bercirikan islamic enviroment.....doktornya juga sangat baik dan sangat relax...sampai tak rasa takut nak bersalin....

Sesiapa yang  berada di Pulau Pinang atau Kedah...boleh berkunjung ke Hospital Dewan Bersalin Muslimah di Permatang Pauh dan Kepala Batas....

Di sini ummi ,letakkan alamatnya.......

PENAWAR KLINIK & DEWAN BERSALIN MUSLIMAH
18 &20,JALAN CERMAI 1,
TAMAN CERMAI,JALAN SAMA GAGAH,
PERMATANG PAUH,
13500 SEBERANG PERAI

TEL:04-3981469
FAX:04-3977617

   
Okeh ,masa sangat mencemburui kita....insyallah ....jika berkesempatan ummi akan share lagi..........

Terima kasih kerana membaca coretan ini.............
salam sayang ummi nurul...................       
 



Thursday, December 26, 2013

Hamil..........12 perkara yang anda perlu tahu tentang diet..............


"Jangan pandang remeh soal diet ketika hamil!...Itu satu peringatan buat anda yang kini sedang hamil atau merancang ke arah itu."


 Asalamualaikum, hari ini ummi nak cerita tentang kehamilan....bunyi macam best kan....semua orang nak hamil tetapi bukan semua berpeluang mendapat rezeki ini dari Allah...oleh itu jika seorang wanita dapat hamil, cuba beri yang terbaik kepada janin anda terutama dari segi pemakanan....mesti halal dan berkhasiat......

Jika anda mengabaikan pesanan diatas bermakna anda mengabaikan janin yang sedang berkembang di dalam rahim anda.  Tahukah anda bahawa apa yang anda makan akan menentukan "siapa" yang bakal anda lahirkan?
Samaada bayi itu sihat,comel,cergas,bijak dan sebaliknya.....
Jangan anda terkejut jika bayi yang bakal dilahirkan,menghidap diabetes gara2 ibunya yang tidak mengawal pemakanan ketika hamil.....cuba ikuti tips ini:
1 Fahami setiap suapan anda adalah penting untuk perkembangan janin.
2 Jangan biarkan janin kelaparan dalam rahim...jangan biar perut kosong dan ambil makanan berzat.
3 Pilih makanan berkhasiat..cth: Makanan dengan berkalori 2000 yang berasal dari makanan yang bergizi lebih bermanafaat dibandingkan dengan 4000 kalori dari makanan yang kurang bergizi....
4 Pilih perasa manis asli..Guna stevia atau buah sebagai penganti gula kerana ia lebih banyak mineral dan vitamin....
5 Elak makanan yang diawet terutama yang mengandungi banyak gula ,garam dan bahan kimia...pilih makanan segar...
6 Ambil makanan kaya serat...Serat bersifat mengenyangkan dan tidak menggemukkan...
7 Bagi mendapatkan bayi yang sihat,anda perlu menambah berat badan secara teratur...

Trimester pertama:  tambah 150 kalori sehari
trimester kedua & ketiga    :350 kalori sehari

cth menu sehari:
70gm protein
80gm roti
60gm bijiran
6 keping biskut

8 Pengambilan makanan berprotien boleh meningkatkan tenaga mental..cth,ikan ,ayam,daging,telur dan sebagainya...
 9 Lemak penting untuk membina jaringan saraf bayi  dan anda boleh memperolehi menerusi lemak haiwan (mentega,krim susu)untuk vitamin A dan Kalsium... 
10 Asid Folik dan vitamin B9 baik untuk pembinaan sel-sel pada embrio yang penting bagi pertumbuhan bayi selama minggu2 pertama kehamilan...
11 Minum banyak air bagi melancarkan sistem pencernaan.
12 Mesti sarapan walaupun sekeping roti,secawan susu panas,dua atau tiga biji kurma..

Antara zat  yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah...



  • asid folik-kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun..asid folik boleh didapati dari sayur bayam atau minum segelas jus oren..Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang(NTD)..seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir...
  • selenium-mencegah cepat marah.kemurungan,karadangan,degil,susah hati berlaku kerana kekurangan selenium .boleh diperolehi dari kekacang,sandwich tuna,dan biji matahari
  • zat besi-amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia.. 
  • vitamin E-tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat.. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas.
  • kalsium-kalsium boleh didapati daripada sumber susu,hasil tenusu,majerin dan keju.Selain itu kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga .Berdasarkan kajian,kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil,..
  • DHA- perlu terhadap perkembangan minda bayi.Ia berfungsi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi...
Selain itu...para ibu boleh mendapatkan vitamin lengkap untuk menampung jumlah zat di dalam pemakanan seharian..vitamin set kehamilan shaklee dapat membantu dalam mengimbangi diet dan zat  makanan seharian ibu hamil....



set kehamilan ini merangkumi vita c..,vitalea (multivitamin),b-complex,  omega guard, ostemetrix(kalsium) dan esp (energizing soy protein) yang diperlukan oleh tubuh si ibu..

jika inginkan set ini,boleh dapatkannya dari ummi dengan harga yang menarik...


JOM ,RASAI KEHEBATAN SHAKLEE SEKARANG

Perunding Vitamin Anda
Nurul Fadhilla(ummie nurul)
Shaklee Independent Distributor [ ID No :867459 ]
Contact No : 019-4001752
Emel : hannanhazirah@gmail.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Terima kasih kerana membaca coretan ummie kali ini...
Salam Sayang dari ummie Nurul.........


Sunday, December 22, 2013

MEALSHAKE SHAKLEE DAN KEBAIKKANNYA..........


Bismillahirahmanirrahim..........

Kali nie ummie nak kotakan janji ummie nak cerita apa akan  kebaikan Meal Shake Shaklee kepada semua.....




 SIAPA YANG SEHARUSNYA MENGAMBIL MEAL SHAKE SHAKLE YER.........
Jom kita lihat......... 

  • 1. Anak-anak yang susah nak makan terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit atau pun       kanak-kanak obesiti atau yang sangat memilih makan.
  • 2. Orang dewasa yang tak sempat nak breakfast ( meal shake sangat sesuai kerana ada complete nutrition)
  • 3. Ibu hamil yang alahan teruk..(tak boleh nak makan asyik muntah-muntah)
  • 4. Anak kecil yang sering demam dan selsema (bagus untuk menguatkan sistem imun badan)
  • 5. Sangat sesuai di ambil untuk anak-anak yang obesiti atau berat badan berlebihan
  •    Sesuai utk semua kanak-kanak .
  • 6.Ibu-ibu mengandung,menyusu,para pesakit dlm proses pemullihan selepas operation, mereka-mereka yg    inginkan kulit cantik,ingin kekal sihat khususnya yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk,dibancuh jadi minuman yang lazat.
  • 7. Mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan..
  • 8. Hidangan segera bagi para atlet.

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera atau makanan tambahan yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan. Ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Meal Shake adalah pilihan protein soya terbaik untuk anda semua....

SARAPAN BERKHASIAT UNTUK OTAK CERGAS DAN LIGAT''''


Ummie ada terbaca,kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah iaitu anak-anak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpu lebih lama dan bersikap sopan........

ummie rasa meal shake shaklee dapat mengatasi masalah anak-anak kita.....kerana meal shake dapat memberi tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan.....
Ia juga menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala,lesu,mengantuk dan longlai  .........
meal shake juga dapat membantu mereka berfikir lebih cepat apabila membuat kerja sekolah atau bertindak menjawab soalan pertanyaan guru...
Yang paling penting membantu mereka tidak berkhayal semasa di dalam kelas dan sentiasa tenang dan kurang menggelabah.......anak-anak ummie sudah mengambil dan ummie sangat berpuas hati dengan kebaikkan meal shake shaklee...

Okeh,nanti ummie akan share dengan semua testimoni-testimoni para ibu yang sudah mengambil meal shake untuk anak mereka di lain masa.....
 kepada sesiapa yang ingin dapatkan meal shake, boleh dapatkan dari ummie..... 

JOM ,RASAI KEHEBATAN SHAKLEE SEKARANG

Perunding Vitamin Anda
Nurul Fadhilla(ummie nurul)
Shaklee Independent Distributor [ ID No :867459 ]
Contact No : 019-4001752
Emel : hannanhazirah@gmail.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Terima kasih kerana membaca coretan ummie kali ini...
Salam Sayang dari ummie Nurul.........




  

.