Saturday, December 7, 2013

Potensi anak pintar menerusi makanan berkhasiat.......

Bismillahhirahmanirrahim......
Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk ummi menulis lagi...........

Nampak tajuk hari ini macam serius ja......Tapi semua ibu diluar sana inginkan anak yang pintar ,sihat,anak yang comel (semua baby cute) ......
Sama La juga dengan ummi,jadi sebelum anak kedua dilahirkan iaitu Nurhannan Husna , ummi  n suami sering tercari kaedah yang sesuai untuk mengajar  anak -anak dari segi rohani mahupun jasmani anak-anak...
kadang-kadang kita lupa anak-anak kita itu sendiri adalah harta yang paling berharga daripada wang  ringgit mahupun rumah besar dan kereta yang besar....anak adalah saham akhirat kita.....Anak kita yang akan mendoakan kita kelak......
Oleh itu Ummie telah pergi ke Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran yang dianjurkan oleh Islamic Parenting Network (IPN)...

Kursus yang berlangsung satu hari tu....sangat memberi manafaat kepada ibu bapa muda macam ummie dan suami....
Siapa tidak kenal  darwish dan kakaknya darwisya yang sering menghafal surah dalam rancangan pesan atuk ........ibunya Puan Lina , sangat seorang yang berfikiran positif dan bersungguh dalam mendidik anak lelaki dan anak perempuan nya.........

Faktor bagi membolehkan anak kita menghafal Al Quran dengan mudah adalah pemakanan...
Mesti yang halal , bersih dan berkhasiat.....
Kedua baru lah kaedah yang digunakan untuk menghafal.....disebabkan anak nya dapat menghafal juzuk amma (30 surah pendek) diusia 3 tahun ...dengan sendirinya darwish dan darwisya menjadi pintar....apapun matapelajaran yang dipelajari mudah dan cepat diserap oleh mereka berdua....

Seronok  dan alangkah bertuahnya jika ibu dapat mendengar anak menghafal Al Quran dihadapan apatah lagi setelah kita tiada didunia ini lagi......

Al Quran adalah mukjizat dan boleh melakukan banyak keajaiban dalam mendidik perkembangan otak kanak-kanak....
Puan Lina ....berkata jika anak -anak kita dapat menghafal Al Quran diusia muda nya,ia akan menjadi sebati dengan darah dan daging di dalam badan anak-anak kita berbanding di usia remaja mereka.....
 Okeh....setakat sini saja coretan kali ni.....nanti ummi akak kongsikan cara pemkanan yang sihat dan sepatutnya untuk anak di lain masa....InsyaAllah....

Sesiapa yang ingin mencontohi Puan Lina Karim dalam mendidik anak-anak. Boleh layari blognya di www.darwishndarwisya.blogspot.com



Terima Kasih sudi membaca coretan ummie kali ini..........
Salam Sayang Ummie Nurul................

My Little Princess.......

Alhamdulillah.... Sudah lama saya ingin membuat blog untuk berkongsi suka duka membesarkan ketiga-tiga anak perempuan saya tetapi disebabkan dahulunya sibuk bekerja saya lupakan hasrat itu....

Sekarang  ini setelah bergelar surirumah tangga sepenuh masa saya lebih banyak masa dan dapat meluangkan masa bersama anak-anak...Sesungguhnya anak-anak adalah anugerah yang  bernilai yang Allah pinjamkan untuk kita..........BERSYUKURLAH para ibu diluar sana yang mampu melahirkan zuriat kerana bukan semua wanita diberi peluang oleh Allah merasai kenikmatan menjadi ibu dan isteri.......

Saya sangat bersyukur ke Hadrat Ilahi keatas kelahiran puteri ke 3 saya Nur Husnina Nisa pada 18 oktober 2013 pada hari Jumaat jam 12.49 tengahari yang lalu...... Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang.....

Disebabkan ini adalah entri saya yang pertama, saya sertakan gambar anak -anak saya Nur Hazirah.,Nur Hannan Husna serta baby Nur Husnina Nisa.....Semoga mereka menjadi anak-anak yang solehah, menjadi penyejuk mata dan hati ummi selalu, menjadi anak yang sihat dan pintar,taat orang tua, dan berpegang   pada landasan yang betul iaitu mencari redha Allah walau apapun yang mereka usahakan.....





Terima kasih kerana membaca coretanku ini.....
Salam Sayang Dari Ummie Nurul.........