Saturday, December 7, 2013

Potensi anak pintar menerusi makanan berkhasiat.......

Bismillahhirahmanirrahim......
Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk ummi menulis lagi...........

Nampak tajuk hari ini macam serius ja......Tapi semua ibu diluar sana inginkan anak yang pintar ,sihat,anak yang comel (semua baby cute) ......
Sama La juga dengan ummi,jadi sebelum anak kedua dilahirkan iaitu Nurhannan Husna , ummi  n suami sering tercari kaedah yang sesuai untuk mengajar  anak -anak dari segi rohani mahupun jasmani anak-anak...
kadang-kadang kita lupa anak-anak kita itu sendiri adalah harta yang paling berharga daripada wang  ringgit mahupun rumah besar dan kereta yang besar....anak adalah saham akhirat kita.....Anak kita yang akan mendoakan kita kelak......
Oleh itu Ummie telah pergi ke Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran yang dianjurkan oleh Islamic Parenting Network (IPN)...

Kursus yang berlangsung satu hari tu....sangat memberi manafaat kepada ibu bapa muda macam ummie dan suami....
Siapa tidak kenal  darwish dan kakaknya darwisya yang sering menghafal surah dalam rancangan pesan atuk ........ibunya Puan Lina , sangat seorang yang berfikiran positif dan bersungguh dalam mendidik anak lelaki dan anak perempuan nya.........

Faktor bagi membolehkan anak kita menghafal Al Quran dengan mudah adalah pemakanan...
Mesti yang halal , bersih dan berkhasiat.....
Kedua baru lah kaedah yang digunakan untuk menghafal.....disebabkan anak nya dapat menghafal juzuk amma (30 surah pendek) diusia 3 tahun ...dengan sendirinya darwish dan darwisya menjadi pintar....apapun matapelajaran yang dipelajari mudah dan cepat diserap oleh mereka berdua....

Seronok  dan alangkah bertuahnya jika ibu dapat mendengar anak menghafal Al Quran dihadapan apatah lagi setelah kita tiada didunia ini lagi......

Al Quran adalah mukjizat dan boleh melakukan banyak keajaiban dalam mendidik perkembangan otak kanak-kanak....
Puan Lina ....berkata jika anak -anak kita dapat menghafal Al Quran diusia muda nya,ia akan menjadi sebati dengan darah dan daging di dalam badan anak-anak kita berbanding di usia remaja mereka.....
 Okeh....setakat sini saja coretan kali ni.....nanti ummi akak kongsikan cara pemkanan yang sihat dan sepatutnya untuk anak di lain masa....InsyaAllah....

Sesiapa yang ingin mencontohi Puan Lina Karim dalam mendidik anak-anak. Boleh layari blognya di www.darwishndarwisya.blogspot.com



Terima Kasih sudi membaca coretan ummie kali ini..........
Salam Sayang Ummie Nurul................

No comments:

Post a Comment